GEORGE TOWN: Risikan selama empat hari yang dilakukan Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang berjaya mematahkan sindiket penyeludupan rokok putih bernilai RM5.12 juta yang disimpan di sebuah rumah pada Selasa lalu.
Rampasan rokok putih terbesar di negeri ini hasil daripada Operasi Kontraban yang dijalankan sejak 10 November lalu di beberapa premis di sekitar George Town di sini.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, hasil risikan yang dibuat membawa kepada serbuan di sebuah rumah teres di Jalan Choong Lye Hock di Tanjong Tokong pada jam 6 petang sebelum menemui 24,500 karton kotak berisi 4.9 juta batang rokok putih.
Menurutnya, kesemua rokok putih itu dipercayai diseludup masuk ke negara ini melalui jalan laut dan disimpan di rumah berkenaan sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan.
"Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan oleh Unit Risikan Marin terhadap premis-premis yang disyaki dijadikan tempat simpanan rokok tidak bercukai mendapati tiada sesiapa yang datang.
"Kita percaya disebabkan beberapa siri operasi yang dilakukan sebelum ini dan risikan berterusan telah menyebabkan sindiket lebih berhati-hati," katanya pada sidang akhbar di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, di Batu Uban di sini, pada Khamis.
Ditanya mengenai modus operandi sindiket berkenaan, Shamsol berkata, sindiket terbabit dipercayai memindahkan kotak-kotak berisi rokok putih yang diseludup dari negara jiran melalui bot di kawasan perairan negeri ini sebelum disorok di rumah terbabit.
Katanya, kesemua kotak berisi rokok dibalut dengan plastik bagi mengelak daripada basah.
Sementara itu, beliau berkata, siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengesan pemilik premis berkenaan bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (D) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 16 2023
Shamsol (kanan) menunjukkan sebahagian rokok putih yang dirampas dalam satu serbuan di George Town. - Gambar/ Sinar Harian
Tidak seharusnya timbul isu birokrasi
Isu birokrasi seharusnya tidak harus timbul termasuk kerjasama semua Kementerian dan agensi Kerajaan untuk berganding bahu dalam membangunkan sektor penternakan.
Keterlibatan belia dalam isu sosial, politik sumbangan kepada nasionalisme
Salah satu cara utama belia menyumbang kepada nasionalisme adalah melalui penglibatan aktif mereka dalam isu sosial dan politik.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Piala Belia, ambil tindakan tegas
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius insiden pergaduhan pemain pada Perlawanan Piala Belia 2024 antara Melaka FA dan Sri Pahang FC di Stadium Hang Tuah, Melaka Ahad lepas.
Agihan 140,000 tan beras di seluruh negara lancar
Agihan sebanyak 140,000 tan beras di seluruh negara berjalan dengan lancar.
'Saya tahu dia tidak sekejam itu' - Datin Red cerai tak tuntut nafkah, kekal hubungan baik
Dia membuat keputusan itu kerana memahami keadaan bekas suaminya yang kini berada dalam kesusahan.
Kes Zulfarhan: Lima bekas penuntut UPNM tarik balik rayuan
Semua mereka kekal dipenjara kerana berdepan dengan sabitan dan hukuman penjara 18 tahun bagi tuduhan mencederakan tanpa niat membunuh Zulfarhan.
iOS 17.5, Android 6 ke atas kini boleh banteras penyalahgunaan penjejak objek
Google telah memperkenalkan ciri ini sejak Julai tahun lepas, t i
Kastam tumpas cubaan seludup daging anak babi lebih RM1 juta
JKDM Perak berjaya mematahkan cubaan menyeludup daging anak babi sejuk beku bernilai RM1.04 juta di Pelabuhan Klang, Selangor pada 7 Mei lalu.
Tentera Israel 'banjiri' utara, selatan Gaza tingkatkan serangan
Ratusan ribu orang kini terpaksa melarikan diri, walaupun kira-kira separuh daripada penduduk Gaza dijanjikan perlindungan di situ selepas Israel mengarahkan pemindahan dari utara Gaza pada Oktober lalu.
Arab Saudi komited bantu jemaah haji melalui teknologi
Presidensi Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dalam satu kenyataan berkata mereka komited meningkatkan rancangannya bagi mewujudkan suasana yang kondusif bagi jemaah melaksanakan ibadah haji melalui teknologi, dan pendigitalan perkhidmatan.
Kastam Kelantan rampas rokok bernilai lebih RM700,000 termasuk cukai
Jabatan Kastam Kelantan merampas rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM749,760 termasuk cukai di pangkalan haram Kampung Kijang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.
Kastam Pulau Pinang rampas rokok seludup bernilai RM7.92 juta
Kastam Pulau Pinang merampas sembilan juta batang rokok putih dianggarkan bernilai RM7.92 juta termasuk cukai.
JKDM tumpas sindiket penyeludupan, rampasan RM5.84 juta
JKDM Melaka menumpaskan enam kegiatan penyeludupan kereta mewah, minuman keras dan rokok pelbagai jenama melibatkan rampasan RM5.84 juta di Melaka dan Johor.
Kastam Perlis patahkan 286 aktiviti penyeludupan, nilai rampasan lebih RM5.98 juta tahun ini
Kastam Perlis berjaya mematahkan 286 aktiviti penyeludupan sepanjang tahun ini, membabitkan rampasan bernilai lebih RM5.98 juta.
Kastam Perak rampas rokok seludup bernilai RM2.1 juta
Abdul Ghafar berkata, ia adalah rampasan terbesar di Perak tahun ini, hasil risikan selama seminggu.
Sorok rokok seludup bernilai RM5.12 juta dalam rumah
Rampasan rokok putih terbesar di negeri ini hasil daripada Operasi Kontraban yang dijalankan sejak 10 November lalu di beberapa premis di sekitar George Town di sini.
PPM tahan lelaki bersama rokok seludup bernilai RM609,840
Polis berkata lelaki yang mempunyai satu rekod jenayah lampau itu direman hingga 10 Nov dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967.
Polis rampas rokok seludup, lori bernilai RM1.2 juta
Polis merampas 3,800 karton rokok selepas memeriksa sebuah lori yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Kampung Pachakan, Kuala Besut, pada Ahad lepas.
Kastam rampas rokok putih RM3.206 juta
Jabatan Kastam merampas 24,000 karton rokok seludup dengan anggaran cukai RM3.206 juta, yang merupakan rampasan terbesar di Pahang.
Kastam rampas rokok bernilai RM3.9 juta
JKDM merampas 2.91 juta batang rokok kretek dan rokok putih dianggar bernilai RM3.9 juta menerusi dua operasi berasingan pada 6 dan 12 Sept lepas.